Cybersolution Technologies Sdn. Bhd. (CTSB) ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atas pencapaian membanggakan dalam pelbagai Anugerah Kecemerlangan PBT 2024. Kejayaan ini menjadi bukti nyata komitmen berterusan PBT dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti, berimpak tinggi dan seiring dengan agenda pembangunan mampan serta transformasi digital negara.
Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan digitalisasi PBT, menyaksikan perubahan dan penambahbaikan berterusan hasil penerapan teknologi yang inklusif dan progresif.
Antara Pencapaian Gemilang PBT Tahun Ini:
– Majlis Bandaraya Kuantan – Tempat Pertama bagi Anugerah Penarafan Bintang Kategori Bandaraya sempena Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024.
– Majlis Bandaraya Johor Bahru – Penerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Tahap 2: Developing Smart City sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 peringkat kebangsaan.
– Majlis Bandaraya Pasir Gudang – Tempat Ketiga bagi Anugerah Penarafan Bintang Kategori Bandaraya pada Konvensyen PBT 2024.
Pengiktirafan ini jelas menunjukkan bagaimana usaha berterusan dalam mentransformasi operasi dan pengurusan melalui teknologi telah membuka jalan kepada perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berpaksikan rakyat.
Sebagai rakan teknologi yang dipercayai, CTSB kekal komited untuk terus menyokong usaha PBT ke arah pentadbiran digital yang mampan, membina komuniti yang berdaya saing dan memperkukuh ekosistem bandar pintar.
Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi satu simbol inspirasi kepada semua pihak berwajib untuk terus maju, berinovasi dan memberi impak positif kepada rakyat dan negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua PBT yang diraikan!


