News

Cybersolution Technologies Terima Kunjungan Pelajar UTHM untuk Eksplorasi Teknologi Robotik

Program-Ekplorasi-Robotik-3
Program-Ekplorasi-Robotik-4
Program-Ekplorasi-Robotik

Pada 13 Disember 2024, Cybersolution Technologies Sdn. Bhd. telah menerima kunjungan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk program Eksplorasi Teknologi Robotik. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pembuatan robot serta memahami aplikasi teknologi ini di dalam industri moden.

Program ini melibatkan pelajar yang mengambil kursus kokurikulum Robocon (UQD10801) Seksyen 1. Dengan menumpukan kepada inovasi serta teknologi terkini, program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu dalam bidang robotik dan teknologi pintar.

Fokus Program:

  • – Memperkenalkan pelajar kepada asas pembuatan robot.
  • Meneroka peranan robotik dalam pembangunan industri.
  • Memahami teknologi terkini yang diaplikasikan dalam bandar pintar.

Kami telah berkongsi pengetahuan, pengalaman, serta pandangan tentang bagaimana teknologi robotik boleh dimanfaatkan untuk kemajuan masa depan.

Diharapkan dengan penganjuran program seperti ini, pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam meneroka bidang sains dan teknologi. Usaha ini juga mencerminkan komitmen Cybersolution Technologies untuk melahirkan graduan celik teknologi yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program-program lain yang dianjurkan oleh Cybersolution Technologies, sila layari laman web kami atau hubungi kami melalui platform media sosial rasmi kami. Bersama-sama, kita menuju masa depan yang lebih pintar!

Cart
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare