News

Latihan Pengenalan Kepada AI & Penggunaan ChatGPT bersama MPKU

Cybersolution Technologies Sdn Bhd berbesar hati telah mengadakan Latihan Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) & Penggunaan ChatGPT bersama warga kerja Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) pada 1 Januari 2025. Latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha kami menyokong transformasi digital sektor awam, khususnya dalam memperkasakan agensi kerajaan tempatan dengan kemahiran teknologi masa kini.

Matlamat Latihan

– Memberi pemahaman asas tentang teknologi AI dan potensinya dalam meningkatkan kecekapan operasi organisasi
– Mendedahkan peserta kepada aplikasi ChatGPT  sebagai alat bantu kerja harian.
– Membimbing peserta dalam menghasilkan prompt yang berkesan untuk menjana idea, kandungan dan penyelesaian pantas melalui ChatGPT.

Kandungan Latihan

Dalam sesi ini, peserta telah:
– Mempelajari konsep asas AI dan penggunaanya dalam konteks kerajaan tempatan.
– Menjalani sesi praktikal (hands-on) dengan ChatGPT
– Berkongsi pandangan dan pengalaman menggunakan teknologi AI secara selamat dan bertanggungjawab.