Tarikh: 21 – 30 April 2025
Lokasi: Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP)
Cybersolution Technologies Sdn. Bhd. (CTSB) telah melaksanakan sesi latihan naiktaraf sistem ePBT 3.0 bagi Modul Hasil bersama warga kerja Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Latihan ini dilaksanakan secara fizikal selama 10 hari melibatkan keseluruhan 8 modul utama, dengan objektif untuk memperkukuh kefahaman pengguna terhadap fungsi dan ciri baharu dalam sistem terkini.
Sepanjang sesi ini, para peserta diberikan pendedahan menyeluruh terhadap struktur baharu modul hasil yang telah dipertingkat, termasuk pengurusan kutipan, rekod hasil, penyelarasan integrasi antara modul, serta peningkatan dari segi antaramuka dan prestasi sistem.
Pelaksanaan sesi ini telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama erat antara pegawai-pegawai MBIP dan wakil-wakil teknikal dari Cybersolution Technologies.
Komitmen yang tinggi daripada semua pihak menjadikan sesi latihan ini satu kejayaan yang membuktikan kesungguhan MBIP dalam meneruskan agenda transformasi digital secara menyeluruh melalui sistem bersepadu dan mesra pengguna.