News

Uji Cuba Modul Kewangan dan Penilaian DBKU Berjalan Lancar

Pada 29 dan 30 Julai 2024, Cybersolution Technologies Sdn Bhd (CTSB) telah berjaya melaksanakan sesi uji cuba Modul Kewangan dan Modul Penilaian di Depo @ Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU). Sesi intensif selama dua hari ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Sistem Bersepadu PBT, yang bertujuan menambah baik kecekapan operasi dan integrasi digital dalam urusan harian jabatan-jabatan kerajaan tempatan.

Uji cuba ini melibatkan tiga jabatan utama di DBKU – Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian, dan Jabatan Teknologi Maklumat. Pelaksanaan sistem diuji bagi memastikan keberkesanan fungsinya, kebolehgunaan antaramuka, serta keupayaannya menyokong proses kerja jabatan secara menyeluruh.

Seramai 9 orang wakil dari CTSB telah terlibat, dengan 7 dari ibu pejabat di Johor Bahru dan 2 dari pasukan sokongan di Kuching. Kehadiran pasukan teknikal yang lengkap membolehkan sesi uji cuba dijalankan dengan pantas, sistematik dan menyeluruh.

Kerjasama yang kukuh antara pihak DBKU dan CTSB sepanjang sesi ini amat dihargai. Ia mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan sistem Bersepadu PBT dapat memberikan impak maksimum kepada operasi harian pihak berkuasa tempatan.

Sesi ini juga merupakan langkah penting ke arah transformasi digital menyeluruh dalam pentadbiran kerajaan tempatan di Sarawak. Kami di CTSB komited untuk terus memberikan sokongan teknikal dan inovasi sistematik demi mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam di Malaysia.

Cart
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare