Kuala Terengganu, 14 Oktober 2025 – Cybersolution Technologies Sdn Bhd berbesar hati kerana turut serta dalam Terengganu Smart City Activation Day 2025 yang telah berlangsung di The Langit Duyong Marina Resort, Terengganu.
Sebagai salah satu rakan strategik acara ini, Cybersolution Technologies mengambil bahagian dalam pameran yang menampilkan penyelesaian bandar pintar dan kerajaan digital (GovTech) hasil pembangunan syarikat. Antara fokus utama pameran ialah memperkenalkan sistem bersepadu dan inovasi berasaskan data yang direka untuk membantu pihak berkuasa tempatan mempertingkat kecekapan operasi serta mengoptimumkan pengurusan perkhidmatan awam.
Acara ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan kolaborasi antara sektor awam dan swasta ke arah merealisasikan aspirasi Negeri Terengganu sebagai negeri pintar dan mampan.
Cybersolution Technologies turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PLANMalaysia@Terengganu atas penganjuran program yang berjaya ini, serta mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah ke reruai kami dan menunjukkan minat terhadap inovasi GovTech yang kami bawakan.
Melalui penyertaan ini, Cybersolution Technologies kekal komited dalam menerajui pembangunan penyelesaian digital berimpak tinggi yang menyokong agenda transformasi bandar pintar di seluruh Malaysia.







