News

Cybersolution Technologies Terlibat dalam Pembangunan Blueprint Smart Terengganu 2040

PLANMalaysia Terengganu (PMT) telah menganjurkan satu sesi Libat Urus Industri (Focus Group Discussion, FGD) pada 23 April 2024 bertempat di Bilik Latihan Kemboja, Tingkat 11, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Putrajaya. Sesi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan Blueprint Smart Terengganu 2040, yang bertujuan merangka hala tuju strategik pembangunan bandar pintar di negeri Terengganu.

Program ini dianjurkan bersama oleh PLANMalaysia Terengganu, PMT, dan Malaysia Smart City Alliance (MSCA) bagi mendapatkan pandangan serta cadangan daripada pemain industri berkaitan pelaksanaan teknologi bandar pintar yang mampan dan berdaya tahan di Terengganu.

Majlis dimulakan dengan ucaptama oleh Pengarah PLANMalaysia Terengganu, TPr. Dr. Abu Bakar bin Mat, diikuti oleh ucapan daripada Puan Syarifah Nuraida, Ketua Unit Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP), dan pembentangan utama oleh Pn. Tn. Zuraihan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) PMT mengenai visi serta strategi utama Blueprint Smart Terengganu 2040.

Cybersolution Technologies Sdn Bhd (CTSB) telah dijemput menyertai sesi ini dan diwakili oleh En. Mohd Khairul Ikhwan serta En. Yusuf Johari. Dalam sesi perbincangan tersebut, CTSB telah berkongsi kepakaran serta pengalaman dalam membangunkan sistem untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penyelesaian bandar pintar yang bersifat modular, berskala dan bersesuaian dengan keperluan pentadbiran moden.

Melalui sesi ini, beberapa input strategik telah dikemukakan, dan hasil perbincangan bakal diterjemahkan kepada kertas cadangan yang boleh disalurkan terus kepada pihak PMT serta PBT melalui platform rasmi yang disediakan.

CTSB amat berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan untuk turut serta dalam pembangunan pelan jangka panjang ini. Kami percaya bahawa usaha bersepadu seperti ini mampu merancakkan pembangunan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri pintar menjelang 2040, dan mengukuhkan kedudukan negeri ini dalam landskap transformasi digital negara.

Cart
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare