Cybersolution Technologies Sdn Bhd berbesar hati telah mengadakan Latihan Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI) & Penggunaan ChatGPT bersama warga kerja Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) pada 1 Januari 2025. Latihan ini merupakan sebahagian daripada usaha kami menyokong transformasi digital sektor awam, khususnya dalam memperkasakan agensi kerajaan tempatan dengan kemahiran teknologi masa kini.