Pada 21 hingga 24 Julai 2024, Cybersolution Technologies Sdn Bhd (CTSB) telah berjaya menjalankan sesi latihan naiktaraf Modul Hasil ePBT 3.0 bersama dua pihak berkuasa tempatan – Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Majlis Daerah Labis (MDL). Latihan ini telah diadakan secara serentak di Bilik Latihan, Tingkat 8, Menara MSC, dan melibatkan pegawai-pegawai teknikal serta pengguna sistem dari kedua-dua majlis daerah.
Latihan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan terperinci dan pemahaman teknikal mengenai ciri-ciri baharu dan penambahbaikan yang telah dilaksanakan dalam Modul Hasil ePBT 3.0. Fokus utama adalah untuk memastikan semua pengguna dapat mengaplikasikan sistem dengan lebih efisien, sejajar dengan keperluan tadbir urus digital yang semakin kompleks.