News

Seminar Kebangsaan PBT Malaysia Siri 2: Komitmen CTSB Menyokong Peningkatan Hasil dan Transformasi Digital PBT

Cybersolution Technologies Sdn. Bhd. dengan bangganya telah menyertai Seminar Kebangsaan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (PBT) Siri 2: Pengukuhan dan Peningkatan Hasil PBT yang berlangsung pada 11 November 2024 bertempat di Hotel Hatten, Melaka. Seminar berprestij ini menjadi platform strategik bagi membincangkan usaha pemantapan hasil PBT serta hala tuju ke arah pentadbiran kerajaan tempatan yang lebih mampan dan berinovasi.

Sebagai penyedia penyelesaian digital yang berteraskan teknologi terkini, kami telah berpeluang untuk berkongsi bagaimana Cybersolution Technologies mampu menerajui masa depan Kerajaan Pintar (Smart Government) melalui sistem dan aplikasi yang dibangunkan khusus untuk keperluan pihak berkuasa tempatan. Penyelesaian kami menekankan kepada kecekapan operasi, integrasi data, pematuhan piawaian seperti SAGA dan MPSAS, serta memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Perancang Bandar PBT Malaysia (PETA) atas penganjuran program ini, serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku rakan penganjur. Kejayaan seminar ini menunjukkan kesungguhan semua pihak dalam meningkatkan kapasiti dan hasil pentadbiran PBT secara menyeluruh.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua delegasi yang telah mengunjungi booth kami sepanjang seminar ini berlangsung. Komitmen dan minat yang ditunjukkan memberi kami keyakinan untuk terus memperkasa solusi digital yang menyokong agenda transformasi digital sektor awam tempatan di Malaysia.

Cart
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare