Majlis Perasmian Program Smart Technology Towards Smart City ( Smart City Conference 2025) sempena Pahang Technology Revolution Expo (TReX) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) pada 19-22 Disember 2025 lalu.
Program ini menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan serta komuniti teknologi bagi membincangkan inovasi pintar, solusi digital dan hala tuju pembangunan Smart City di Negeri Pahang. Penganjuran ini berperanan sebagai platform perkongsian ilmu dan pemerkasaan kolaborasi strategik ke arah pembangunan bandar yang lebih cekap, mampan serta berteraskan teknologi digital.
Secara umumnya,program 3 hari ini merangkumi pelbagai program utama berteraskan teknologi, inovasi dan pembangunan digital. Antara pengisian utama termasuk Smart City Conference, sesi perkongsian bersama agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, majlis perasmian Smart City Conference dan TReX 2025, sesi pitching syarikat, pertandingan simulasi perniagaan, e-sukan, pertandingan drone, aktiviti komuniti serta sesi dialog kepimpinan negeri.
Majlis perasmian Smart City Conference 2025 pada hari pertama telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, sebagai manifestasi komitmen berterusan Kerajaan Negeri Pahang dalam memperkukuh agenda teknologi pintar dan pembangunan bandar mampan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah:
SUB Bahagian Kerajaan Tempatan, YH Dato’ Khairun Nissa binti Aris, ;
Pegawai Pelaburan Perniagaan Negeri Pahang, YH Dato’ Kamarul’Arifin bin Ahmad @
Abd Rahman, ;
Pengarah Tanah dan Galian Pahang, YH Dato’ Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, ;
Datuk Bandar , Majlis Bandaraya Kuantan, YH Dato’ Zaliza bin Zulkipli,;
Pengarah PLANMalaysia Pahang, YH Dato’ Tpr Nik Noraisu Binti Nik Ibrahim,;
Ketua Pegawai Eksekutif Pahang Go, YBrs Ts Affandi Bin Mohd Isa; serta Ketua
Pegawai Operasi, Koridor Utiliti Pahang (KUP), YBrs Ir Ts Mohd Sably Bin Abdul Latiff.
Pada hari kedua, perasmian rasmi TReX 2025 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohamad Nizar bin Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang. Turut hadir memeriahkan program pada hari ketiga ialah YB Tuan Fadzli bin Mohamad Kamal, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.
Secara keseluruhan, penganjuran TReX 2025 berperanan sebagai platform strategik yang mengukuhkan kolaborasi antara kerajaan, industri dan komuniti teknologi, disamping menyokong agenda Smart City, inovasi dan transformasi digital di Negeri Pahang. Cybersolution Technologies Sdn. Bhd. (CTSB) turut mengambil bahagian dengan membuka booth pameran selama tiga hari , bagi berkongsi maklumat di pentas dewan MBK (sesi pitching syarikat), penyelesaian digital dan inisiatif transformasi teknologi yang menyokong pelaksanaan Pihak Berkuasa Tempatan Pintar, sejajar dengan aspirasi pembangunan Smart City di Negeri Pahang.
Penyertaan CTSB sebagai pempamer dalam Smart City Conference memberi peluang memperkenalkan solusi dan teknologi bandar pintar kepada pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta, di samping membina rangkaian strategik dalam ekosistem Smart City. Penyertaan ini turut membuka peluang kerjasama masa hadapan, meningkatkan keterlihatan jenama, serta memberi akses kepada trend dan perkembangan terkini berkaitan Smart City termasuk IoT, keselamatan dan sistem digital kerajaan.




