News

Perbincangan Sistem PBT Bersepadu Bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Cybersolution Technologies Sdn Bhd (CTSB) telah mengadakan satu sesi perbincangan strategik bersama Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bagi membincangkan pelaksanaan uji cuba Sistem PBT Bersepadu. Perbincangan ini telah berlangsung di premis MBPG dan melibatkan pegawai-pegawai dari Jabatan Kewangan serta Jabatan Teknologi Maklumat.

Fokus utama sesi ini adalah untuk meneliti modul-modul yang akan digunakan semasa fasa uji cuba, khususnya Modul Kewangan dan Modul Hasil, agar sejajar dengan keperluan operasi jabatan-jabatan yang terlibat. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memastikan kesiapsiagaan sistem dan kefungsian teknikal dapat dipastikan sebelum pelaksanaan penuh dilakukan.

CTSB kekal komited dalam menyokong agensi kerajaan tempatan melalui penyelesaian teknologi yang disesuaikan, efisien dan mematuhi piawaian nasional seperti SAGA, 1PP, dan MPSAS.

Cart
Select the fields to be shown. Others will be hidden. Drag and drop to rearrange the order.
  • Image
  • SKU
  • Rating
  • Price
  • Stock
  • Availability
  • Add to cart
  • Description
  • Content
  • Weight
  • Dimensions
  • Additional information
Click outside to hide the comparison bar
Compare