Sesi Temuduga Latihan Industri Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)​

Sesi Temuduga Latihan Industri Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah mengadakan sesi temuduga latihan industri pada 5 Jun 2024 bertempat di Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Program ini bertujuan memberikan peluang kepada lebih 80 pelajar FSKTM untuk menghadiri temuduga secara fizikal (bersemuka) bersama pihak syarikat. 

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan dan Hubungan Industri FSKTM dengan kerjasama Kelab Teknologi Maklumat (ITC). Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TDHEPA) FSKTM, Dr. Muhaini Binti Othman, telah merasmikan program ini. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua syarikat dan para pelajar yang terlibat. Beliau turut menekanakan kepentingan program ini dalam membantu pelajar mendapatkan penempatan latihan industri dalam bidang teknologi maklumat. 

Sesi temuduga dari jam 9 pagi hingga 5 petang ini melibatkan wakil dari sembilan syarikat iaitu: 

1. Adaptive Netpoleon Malaysian Sdn Bhd
2. Cybersolution Technologies Sdn Bhd
3. Isianpadu Systems Sdn Bhd
4. Findbulous Technology Sdn Bhd
5. Johor Port Berhad
6. Kagum Advance Group  Sdn Bhd
7. MSC Cyberport Sdn Bhd 
8. Noels IT Solutions Sdn Bhd 
9. Power IT Solutions Sdn Bhd

Para pelajar yang terlibat telah menunjukkan semangat tinggi dan hadir ke sesi temuduga dengan persediaan rapi. Mereka melihat program ini sebagai langkah penting untuk memulakan kerjaya mereka. 

Pihak syarikat juga turut memberi pendapat positif terhadap bakat yang dihasilkan oleh FSKTM dan program seperti ini penting untuk menghubungkan pelajar dengan industri, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara universiti dan syarikat. Ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang bagi pelajar mendapatkan latihan industri yang berkualiti dan relevan dengan bidang pengajian mereka.

Check out our news: