Sesi Uji Cuba Modul Kewangan dan Modul Penilaian Sistem Bersepadu PBT di Dewan Bandaraya Kuching Utara

Sesi uji cuba bagi Modul Kewangan dan Modul Penilaian telah berjaya diadakan selama dua hari, iaitu dari 29 Julai hingga 30 Julai 2024, bertempat di Depo @ Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Tujuan utama sesi ini adalah untuk menguji keberkesanan sistem Bersepadu PBT, khususnya bagi kegunaan Jabatan Kewangan, Jabatan Penilaian, dan Jabatan Teknologi Maklumat di DBKU.

Pelaksanaan sesi ini melibatkan 9 orang wakil dari CTSB, terdiri daripada 7 wakil dari Johor Bahru dan 2 wakil dari Kuching.

Kerjasama erat antara pihak DBKU dan CTSB sepanjang sesi ini diharapkan dapat memastikan kelancaran serta peningkatan prestasi sistem Bersepadu PBT dalam memenuhi keperluan operasi jabatan-jabatan yang terlibat.

Check out our news: