Perbincangan Bersama SDEC dan TRobot Bagi Pembangunan Kursus Rakyat Sarawak Dalam Teknologi

Program berkaitan kolaborasi antara salah satu dari 3 Syarikat tunjang (anchor) dari Pihak SDEC iaitu TRobot yang di ketuai oleh Tuan Syed Zaini, Pengarah Urusan dan wakil SDEC melalui inisiatif program pembangunan khusus rakyat Sarawak melalui latihan pembangunan bakat berteknologi tinggi. HTTPSS adalah program dibawah SDEC dengan kerjasama Yayasan Pendidikan Bumiputera.

CTSB telah dijemput bersama untuk berkongsi dan membentangkan kerangka kerja kolaborasi antara TRobot dan pihak SDEC dalam pembangunan berasakan teknologi robotik, pembelajaran STEM, RPA dan perisian.

Antara hasrat kolaborasi lain dari pihak TRobot adalah kerjasama CTSB membantu bumiputera Sarawak dalam aspek pembangunan modal-insan dari CTSB sendiri melalui siri latihan yang akan dikendalikan oleh TRobot kepada wakil staf CTSB dan lantikan syarikat selama tempoh 4bulan secara berperingkat. Semoga siri perbincangan dan perkongsian dari pihak CTSB bersama pihak SDEC dan TRobot akan menumbuhkan hasil untuk masa akan datang.

Perbincangan tersebut dijalankan secara atas talian dan telah disertai oleh En Ramlee selaku CEO dan dihadiri wakil syarikat iaitu Ikhwan selaku Unit Lead Robotic & Smartcity, Janna dan Aini bagi wakil cawangan di Sarawak.

Program Objectives:

  • To nurture the talents and skills of Sarawak local industries to become experts in Industry-driven focus areas by providing targeted trainings in Retrofitting & Automation, Automation & Robotics and Additive Manufacturing & 3D Printing

  • To equip the talents with core skills as the enabler to empower them to deliver industry-related project & services for Sarawak industry and beyond

  • To develop the local partner community ecosystem in Sarawak and to help the selected participant to adopt the technology required in the focus areas