Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu

Cybersolution News

Sesi Libat Urus Pemain Industri- Blueprint Bandar Pintar Negeri Terengganu

PLANMalaysia Terengganu (PMT) telah mengadakan perbincangan sesi libat urus (Focus Group Discussion, FGD) bersama pemain industri berkaitan pembangunan Blueprint Negeri Terengganu, Smart Terengganu 2040 pada 23 April 2024, bertempat di Bilik Latihan Kemboja, Tingkat 11, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Blok F5, Kompleks F, Presint 1, Putrajaya. 

Program tersebut dianjurkan bersama PLANMalaysia Terengganu, PMT dan Malaysia Smart City Alliance (MSCA) dengan bertujuan untuk mendapatkan idea dan beberapa pandangan dari wakil industri berkaitan pembangunan bandar pintar di negeri Terengganu Darul Iman. 

Program yang di mulakan dengan ucaptama daripada Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (PMT), iaitu TPR, Dr Abu Bakar bin Mat, disusuli ucapan dari Wakil PLANMalaysia, Puan Syarifah Nuraida, Ketua Unit Pusat Perancangan Bandar Pintar (PLAN-BP) dan pembentangan SMART Terengganu 2040 dari Pn. Tn. Zuraihan, Timbalan Pengarah (Pembangunan) PMT. 

Pihak Cybersolution Technologies Sdn. Bhd. diwakili oleh En. Mohd Khairul Ikhwan dan En. Yusuf Johari dalam usaha-sama berkongsi pengalaman bersama PMT terutamanya berkenaan kepakaran dan teknologi berkaitan sistem untuk PBT serta solusi bandar pintar yang boleh diadaptasi di negeri Terengganu. 

Diakhir program ini, data dan hasil perbincangan juga boleh ditransformasikan melalui beberapa kertas kerja cadangan solusi yang boleh diutarakan kepada PMT dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui saluran yang disediakan oleh PMT. 

Semoga kerjasama dan peluang diberikan sepanjang program ini dapat dimanfaatkan untuk jangka masa panjang dan merancakkan pembangunan di negeri Terengganu. 

Check out our news:
Latest News
{"ticker_effect":"slide-v","autoplay":"true","speed":3000,"font_style":"normal"}